Wanita Islam zaman sekarang menakutkan..


Akhir zaman ni, fitnah semakin menjadi2.Bermacam-macam jenis fitnah.Tapi bagi saya,fitnah paling besar untuk saya sebagai lelaki ketika ini adalah fitnatun nisa yakni fitnah wanita.Entahlah, nak mula dari mana,nak blame an-nisa lebih2 pun tak boleh.Tapi rasanya tak salah kalau saya cakap kat sini,wanita Islam sekarang semakin jauh dari syariat Islam,berpakaian,berhias,pergaulan dan sebagainya.

"Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, supaya mereka mengenakan jilbab ke seluruh badannya, yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenali; kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah al-Ahzab: 59)

Sebagai lelaki,bohonglah kalau saya tak 'terusik' bila lihat wanita2 Islam yang berpakaian yang tidak melambangkan wanita Islam.Jauh,memang jauh sekali dari syariat Islam.Kadang2 saya tak faham,perempuan2 tu kenapa mesti berpakaian menjolok mata?Takut orang laki tak tengok kat diorang ke?atau memang trend wanita2 Islam sekarang yang mendahulukan fesyen dari tuntutan agama?.Tak,dengar sini baik2 wahai wanita, kecantikan itu tidak hilang walaupun dilindungi oleh hijabmu,walaupun tak pakai ketat2,rambut korang yang cantik tu tak dipamerkan, kecantikan itu sedikitpun tak berkurang kan?.
Kan baik kalau semua wanita Islam berpakaian macam ni..
Bila kes rogol,pembuangan bayi naik kat akhbar2 tempatan,kita bising.Salahkan lelaki,lelaki tak boleh kawal nafsulah,lelaki sekarang tak boleh diharaplah,lelaki zaman sekarang tak ada isi perut, dan sebagainya.Perempuan tak sedar,siapa dulu mulakan cerita?.Jadi tak boleh salahkan 100% pada lelaki,yang kasihannya budak kecik jadi mangsa dan sebagainya.Semuanya berkait rapat sebenarnya,kalau tak ada punca tak mungkin berlaku akibatnya.

"Katakanlah kepada wanita beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa kelihatan padanya, dan hendaklah mereka melepaskan kain tudung ke adanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka...” (Surah an-Nur:31)

apa nak jadi dengan perempuan Islam zaman sekarang?
Saya secara jujur berpendapat pendekatan tarbiyyah islamiah itu langkah paling bijak sebagai solusi masalah ni.Semua wanita Islam harus sedar,haram hukumnya berhias ikut sedap badan je,dah kahwin nanti ikut sukalah nak berhias depan suami.Takutkan mereka dengan azab2 pedih yang menanti mereka di akhirat kelak,seksa ketika di alam kubur,dan sebagainya.

Mana satu pilihan hati kita nak jadikan calon isteri?
Wanita2 Islam harus ingat,kita orang Islam bukannya orang barat.Kita ada adat dan budaya orang timur serta syariat yang telah Allah SWT tetapkan dan Rasulullah SAW pesankan.Tak payahlah nak ikut wanita2 barat yang dah hilang identiti diri.Bukan semua lelaki suka tengok wanita yang seksi2 ni,tonjol sini tonjol situ, dedah sini, selak situ,masyaAllah..Berubahlah wahai wanita,kecantikanmu tetap terserlah walaupun hijab menyelimuti wajahmu,pakaian labuh membaluti keindahan tubuhmu dan zikrullah menyembunyikan kehalusan suaramu..Allah sahaja yang Maha Tahu.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...