Legging itu membinasakan

Fenomena legging,ataupun perempuan memakai seluar ketat sehingga menampakkan bentuk tubuhnya semakin menjadi2 kebelakangan ini.Tak kisahlah dari pasar raya membeli belah,Institut Pengajian Tinggi awam mahupun swasta atau mungkin jiran sebelah rumah kita(harap2lah tak ada),kita lihat 'kebiasaan' ini semakin berleluasa.Kita bimbang,apa akan berlaku pada masa depan bila 'kebiasaan2' pelik itu menjadi perkara biasa dalam masyarakat.Nauzubillah min zalik.

Legging ni hukumnya haram!
Pengalaman
Beberapa minggu yang lepas,tengah berdiri tunggu pertukaran kelas tutorial,saya dan beberapa kawan lelaki yang lain berdirilah tunggu student2 yang dalam kelas tu nak keluar.Tunggu punya tunggu,keluar lah ramai2 student,laki dan perempuan.Tiba-tiba seorang kawan saya tu cakap " ini disaster punya fesyen".Pandangan tertumpu dalam ramai2 yang pakai baju kurung sopan,seorang mahasiswi ni selambanya berpakaian legging.Ketat berabis,dahlah macam tak pakai seluar,baju pun ketat tapi peliknya pakai tudung jugak..pelik2.

Lama kelamaan hamba Allah tu pun jadi malu bila ramai laki tengok sambil pura2 tarik baju tu nak bagi lindung supaya tak nampak lebih.Tahu malu,depan manusia malu tapi pakai camtu jugak.Allah yang tegok kita ni 24 jam kita tak rasa malu pula.Aduhai wanita Islam zaman sekarang.

Bukan fesyen macam ni yang Islam kehendaki..
 Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: ‘Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja.” Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.
 

Susah sangat ke nak faham?
Entahlah.Saya geleng kepala sendiri,cuba untuk memahami.Wanita ni susah sangat nak faham,bukan sedikit dalil2 jelas dalam al-Quran menyentuh bab2 tabarruj untuk peringatan wanita muslim ni,hadis nabi pun banyak sentuh persoalan pemakaian wanita muslimah ni,Tapi seolah2 mencurahkan air ke atas daun keladi.Tengoklah sendiri, sedih bila orang Islam sendiri tak nak beramal dengan agama Islam sepenuhnya.

Dari Abu Hurairah r.a, beliau berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda:
“Ada dua golongan dari penduduk neraka yang belum pernah aku lihat: Suatu kaum yang memiliki cambuk seperti ekor sapi untuk memukul manusia dan para wanita yang berpakaian tapi telanjang, berlenggak-lenggok, kepala mereka seperti punduk unta yang mereng. Wanita seperti itu tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya, walaupun baunya dapat dihidu selama perjalanan sekian dan sekian.” Hadis Riwayat Muslim


Kasihanilah kami wahai wanita...hebat sungguh fitnahmu untuk kami
Kesimpulan
Susah nak banteras fenomena ni.Semuanya terletak pada individu tu sendiri,kempen2 alhamdulillah ada jugak yang banyak sentuh legging2 ni,dekat facebook,blog dan sebagainya.Sama2lah kita berdoa kepada mereka2 yang suka berpakaian atau pun terniat nak cuba fesyen tak elok ni dapat hidayah petunjuk daripada Allah.Bukan untuk membenci,sekadar memberi peringatan sesama muslim.Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

p/s: Info tambahan pasal legging ni,klik kat sini  http://www.facebook.com/topic.php?uid=376495339281&topic=14315#!/notes/jom-tutup-aurat-dan-jaga-akhlak/pakai-legging-dan-berseluar-ketat-bersama-tudung-mencemarkan-imej-islam/155520107829481

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...