Rakyat Malaysia ni pemalas?

Apa perasaan anda bila nampak pemandangan seperti ini?



Nampak tak gambar kat atas tu?Apa perasaan anda?,suka hati ke?geram ataupun tak kisah?
Inilah salah satu contoh sikap buruk rakyat Malaysia yang sempat saya perhati bila masuk je
mana2 bank yang ada perkhidmatan ATM.Mesti tak lari dari melihat resit2 transaksi
pengeluaran wang tunai yang bersepah.Nak kata budak sekolah,yang datang saya sempat lihat kebanyakannya makcik2,pakcik2 yang dah berusia semua.Pergilah mana-mana bank,BSN ke,
RHB bank ke ataupun Bank Islam memang hampir semua bank mengalami keadaan yang sama.

Kita semakin kurang bertanggungjawab...
Jadi timbul persoalan, adakah rakyat Malaysia sekarang dah kurang nak ambil berat tentang kebersihan sekeliling ni?Atau makcik cleaner yang malas nak bersihakn?Mungkin juga kemudahan tong2 sampah yang tidak mencukupi disediakan oleh bank berkenaan?..Emm, nama je bank,banyak duit.Kadang2 pemikiran seperti itu ada je dalam mana-mana pelanggan ATM yang datang ke bank itu.

Nampak sangat rakyat Malaysia ni pemalas..
Kesimpulannya, marilah kita sama-sama berusaha menjadi rakyat yang bijak dan bertanggungjawab.Kebersihan tu kan penting, sebahagian daripada iman.Tahulah harga barang2 naik, iman pun kena naik juga.Benda2 macam ni kena ambik serius walaupun nampak remeh tapi itulah tanda aras tahap tanggungjawab kita sebagai manusia, belum ditanya tanggungjawab2 yang lain yang lebih berat.Allah je yang Maha Tahu.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...