Saya nak jadi askar..


Dulu,saya masih ingat lagi time kecik2 ,bila arwah mak saya tunjukkan sekeping gambar yang memang dah lama,pudar dan jenis pic lama2.Saya tanya arwah mak saya."Mak,saya ada abang tak?".Mak saya diam je,dia tak jawab apa2 sambil pegang gambar tu bagi saya tengok."Ha,ni la gambar abang awak,dia tak balik lagi dari perang kat Bosnia tu."Mak saya jawab.Saya diam je angguk,memang masa tu perang dekat Bosnia dan banyak askar2 Malaysia dihantar ke situ untuk mengembalikan keamanan.

Hargai jasa2 pejuang kemerdekaan negara..
Itu dulu.Saya tahu saya memang tak ada abang kandung yang sempat hidup saya tengok depan mata.Mak saya sengaja buat macam tu supaya saya tak tanya lebih2.Budak kecik,senang je nak kelentong.Tapi saya bangga,sebab mak saya bagitahu saya ada abang kerja askar.Rupa2 nya tak ada..hehe.Dulu memang saya simpan cita2 nak jadi macam 'abang' askar saya tu.Smart je saya tengok dia pegang riffle dengan boot dan topi askar dia tu.Tapi nenek saya larang saya jadi askar,macam pakcik saya dulu nak jadi polis nenek saya mengamuk besar.

Saya nak jadi askar..
Saya bersyukur sebagai seorang lelaki,jadi perempuan pun saya bersyukur(kalaulah ditakdirkan).Jadi seorang lelaki yang hebat,yang perkasa dan kuat jati diri, jadi pelindung untuk kaum2 lemah,untuk negara,agama dan bangsa.Sebab tu,saya masih pegang teguh dengan pendirian saya bahawa lelaki sejati adalah yang sanggup mengorbankan dirinya untuk orang lain,walaupun tak dikenang dan dihargai.Salah satu darinya,menjadi seorang askar(tapi askar sekarang dah tak banyak cabaran macam dulu2).

Berjuang sehingga ke titisan darah terakhir
Sebab tu saya minat tengok movie yang ada kaitan dengan perang macam Leftenan Adnan,We Were Soldiers,Pearl Harbour,dan banyak lagi cerita2 perang ni.Tapi,sekarang saya tak minat lagi nak jadi askar.Kena ada lelaki kerja selain askar,tak boleh semua nak jadi askar,kena ada jadi cikgu atau doktor,jangan jadi penjenayah dah lah..Allah sahaja yang Maha Tahu.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...