Evolusi jersi Malaysia..

Saya secara jujur,berbangga dengan prestasi bola sepak negara.Dalam ketidakonsistenan prestasi skuad negara, jauh di dalam hati sebenarnya semua peminat mengharapkan yang jauh lebih baik dari anak2 buah K.Rajagobal tu.Kalau berpeluang,memang nak sangat tengok Malaysia masuk World Cup,entah jadi ke tak,relevan ke tak sama2 lah kita menilainya.

Saya cuma tertarik nak ulas jersi pasukan kebangsaan yang pasti akan bertukar saban tahun.Pendek kata,setiap tahun mesti tukar,yang sempat saya lihatlah.Balik2 nak ulas isu prestasi skuad bola kebangsaan tu, memang orang dah muak dan cuak nak dengar.Bagus kita bincang jersi skuad kebangsaan ni.Cuba lihat gambar2 kat bawah ni yang sempat saya edit.Cuba lihat perbezaan dan persamaan jersi2 tersebut,mesti ada kan?Walaupun warna jersi tak tukar2 dan mustahil akan bertukar dari kuning dan biru.
                      Kiri:Jersi Malaysia tahun 1979            Kanan:Jersi Malaysia tahun 1980               
         Kiri:Jersi Malaysia tahun 1983        Tengah:Jersi Malaysia tahun 1989             Kanan:Jersi Malaysia tahun 1991

Kiri:Jersi Malaysia  tahun 2001        Kanan:Jersi Malaysia tahun 2006



Kiri:Jersi Malaysia terbaru tahun 2010/2011.Away dan home.
Korang pasti akan lihat,pada awalnya logo FAM tu tak ada kan?Ha,lain perbezaan adalah corak bagi jersi2 tu, senarai penaja rasmi dari UMBRO,Adidas sampailah ke Nike seperti sekarang,awal2 tu jersi Malaysia ada kolar kan?.Tapi kita kena ikut peredaran masa,sekarang dah sikit jersi2 mahsyur dekat antarabangsa mahupun kelab yang masih pakai kolar,biasanya round neck.Untuk tahun2 era 2000 sampai 2008,tak ada perbezaan sangat dekat jersi kebangsaan,cuma tahun 2009 je yang lain sikit corak jersi tu.Untuk yang latest,boleh tahanlah.

Ni yang best, saya buat lah analisis sikit, mana jersi paling cantik dan paling hampeh pernah Malaysia pakai.Keputusannya adalah:

Jersi Malaysia untuk AFF Suzuki Cup 2010.(Away)
Biru ni Malaysia pakai untuk away,khas edisi AFF Suzuki Cup 2010.Memang cantik,menarik dan tertarik nak beli.Lagi satu, logo FAM tu dah tanggal,tak banyak corak(banyak corak pun bikin sakit mata nak tengok kan?), tiga gabungan warna,biru,merah dan putih semuanya warna harmoni.Lagi satu sebab jersi ni paling cantik adalah sebab saya dah beli jersi ni..hehehe.
Jersi Malaysia musim 2009/2010
Jersi home untuk tahun 2009/2010 ni memang tak cantik langsung.Bagi saya lah, tak cantik sebab corak dia belang2,hitam kuning, walaupun ada lambang keris tapi tak bagi apa2 effect pun dekat pasukan lawan, dan logo FAM tu yang kacau.Bagi saya, jersi ni memang tak menarik lah.


Walau apapun,sokonglah jersi pasukan kebangsaan kita ni..Tambah2 lagi dah keluar untuk yang terbaru,ada bendera Malaysia kat jersi tu mesti kita rasa bangga kan?.Kalau bukan rakyat Malaysia sendiri,siapa lagi nak sokong..Allah sahaja yang Maha Tahu.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...