Legging itu membinasakan

Fenomena legging,ataupun perempuan memakai seluar ketat sehingga menampakkan bentuk tubuhnya semakin menjadi2 kebelakangan ini.Tak kisahlah dari pasar raya membeli belah,Institut Pengajian Tinggi awam mahupun swasta atau mungkin jiran sebelah rumah kita(harap2lah tak ada),kita lihat 'kebiasaan' ini semakin berleluasa.Kita bimbang,apa akan berlaku pada masa depan bila 'kebiasaan2' pelik itu menjadi perkara biasa dalam masyarakat.Nauzubillah min zalik.

Legging ni hukumnya haram!
Pengalaman
Beberapa minggu yang lepas,tengah berdiri tunggu pertukaran kelas tutorial,saya dan beberapa kawan lelaki yang lain berdirilah tunggu student2 yang dalam kelas tu nak keluar.Tunggu punya tunggu,keluar lah ramai2 student,laki dan perempuan.Tiba-tiba seorang kawan saya tu cakap " ini disaster punya fesyen".Pandangan tertumpu dalam ramai2 yang pakai baju kurung sopan,seorang mahasiswi ni selambanya berpakaian legging.Ketat berabis,dahlah macam tak pakai seluar,baju pun ketat tapi peliknya pakai tudung jugak..pelik2.

Lama kelamaan hamba Allah tu pun jadi malu bila ramai laki tengok sambil pura2 tarik baju tu nak bagi lindung supaya tak nampak lebih.Tahu malu,depan manusia malu tapi pakai camtu jugak.Allah yang tegok kita ni 24 jam kita tak rasa malu pula.Aduhai wanita Islam zaman sekarang.

Bukan fesyen macam ni yang Islam kehendaki..
 Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: ‘Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja.” Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.
 

Susah sangat ke nak faham?
Entahlah.Saya geleng kepala sendiri,cuba untuk memahami.Wanita ni susah sangat nak faham,bukan sedikit dalil2 jelas dalam al-Quran menyentuh bab2 tabarruj untuk peringatan wanita muslim ni,hadis nabi pun banyak sentuh persoalan pemakaian wanita muslimah ni,Tapi seolah2 mencurahkan air ke atas daun keladi.Tengoklah sendiri, sedih bila orang Islam sendiri tak nak beramal dengan agama Islam sepenuhnya.

Dari Abu Hurairah r.a, beliau berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda:
“Ada dua golongan dari penduduk neraka yang belum pernah aku lihat: Suatu kaum yang memiliki cambuk seperti ekor sapi untuk memukul manusia dan para wanita yang berpakaian tapi telanjang, berlenggak-lenggok, kepala mereka seperti punduk unta yang mereng. Wanita seperti itu tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya, walaupun baunya dapat dihidu selama perjalanan sekian dan sekian.” Hadis Riwayat Muslim


Kasihanilah kami wahai wanita...hebat sungguh fitnahmu untuk kami
Kesimpulan
Susah nak banteras fenomena ni.Semuanya terletak pada individu tu sendiri,kempen2 alhamdulillah ada jugak yang banyak sentuh legging2 ni,dekat facebook,blog dan sebagainya.Sama2lah kita berdoa kepada mereka2 yang suka berpakaian atau pun terniat nak cuba fesyen tak elok ni dapat hidayah petunjuk daripada Allah.Bukan untuk membenci,sekadar memberi peringatan sesama muslim.Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

p/s: Info tambahan pasal legging ni,klik kat sini  http://www.facebook.com/topic.php?uid=376495339281&topic=14315#!/notes/jom-tutup-aurat-dan-jaga-akhlak/pakai-legging-dan-berseluar-ketat-bersama-tudung-mencemarkan-imej-islam/155520107829481
READ MORE » Legging itu membinasakan

Apa sebenarnya tujuan Facebook ni?

Zaman sekarang,manusia sudah jauh dari batas ketatasusilaan dan moral yang murni.Orang Islam sendiri pun dah hilang nilai akhlak islamiah yang unggul,perlahan2 terhakis dan tidak mustahil akan hancur.Benar,masing2 ada niat tersendiri,ada fahaman ideologi politik yang berbeza2, ada keinginan dan cara yang mungkin tak sama,sebab tu amat sukar untuk kita bersatu atas nama fahaman ideologi.

Cuba lihat gambar2 kat bawah ni,kemudian nilailah sendiri.Facebook je la yang kita tahu nak salurkan 'perasaan' kita tu,mudah,cepat dan berkesan.Tak puas hati sikit,buat page nak jatuhkan orang tu, aibkan orang ni,dedahkan kelemahan orang tu,kadang2 saya baca komen2 yang dibuat ikut sedap badan je.Kalau betul tak apa, kalau tak betul??Bukan ke fitnahnya tu?.Fikirlah. 

Asal kita tak suka individu2 tertentu, perlu ke nak create facebook2 pages macam ni?



Yang create pages2 camni memang hati dia sakit,perlu baiki balik hati tu..

Kadang2 rasa panas jugak hati bila tengok2 kafir2 laknatullah,individu2 ni buat page2 atau facebook2 yang hina agama Islam,Rasulullah SAW,bangsa,negeri dan sebagainya.Memang tak patut,tak adil.Lari dari tujuan sebenar Facebook:Facebook helps you connect and share with the people in your life..Lari dah dari tujuan asal,facebook dah jadi medium kita nak balas dendam,kita nak saling menjatuhkan,saling menyebarkan fitnah dan merosakkan perpaduan sedia ada.atau memang Facebook sendiri yang ada niat macam tu?,bangsa Yahudi.

Facebook medium orang2 kafir laknatullah untuk menghina dan memburuk-burukkan Islam..

Baik ke sangat negeri kita sampai kita berani nak buruk2kan negeri orang lain?
Kadang2 kita boleh lihat nilai dan sikap orang lain dengan baca komen2 yang diorang buat dalam facebook.Banyak,kata2 kesat s#*l,b#@i dan banyak lagi,sumpah seranah,maki hamun,caci2 ni bagi diorang biasa je,sampai ada yang kata sanggup nak bunuh2 ni..masyaAllah.

Tak fikir dosa pahala ke sampai sanggup nak bunuh2 orang ni?..
Ada jugak page2 yang saya kira baik,dan memang betullah niat dan cara individu yang create page tu.Nak ingatkan sesama muslim,elok la tu..contohnya..

Kalau semua orang dapat fikir macam ni kan baik..

Tapi kena hati2 dengan orang ni,dia pun dah tahu nak sebarkan 'dakwah' dia guna Facebook..hehehe
Sama2lah kita berubah.Banyak lagi cara lain kita nak suarakan rasa tak puas hati kita, tulis elok2 dekat akhbar ke, buat elok2 dalam blog dengan bukti sekali baru betul.Allah sahaja yang Maha Tahu..

" Ditimpa kehinaan mereka walau di mana mereka berada melainkan berjaya berpegang dengan agama Allah S.W.T. dengan menghubungkan diri dengan Allah S.W.T. dan juga berbuat baik sesama manusia..".(Surah ali-Imran: 112)
READ MORE » Apa sebenarnya tujuan Facebook ni?

Wanita Islam zaman sekarang menakutkan..


Akhir zaman ni, fitnah semakin menjadi2.Bermacam-macam jenis fitnah.Tapi bagi saya,fitnah paling besar untuk saya sebagai lelaki ketika ini adalah fitnatun nisa yakni fitnah wanita.Entahlah, nak mula dari mana,nak blame an-nisa lebih2 pun tak boleh.Tapi rasanya tak salah kalau saya cakap kat sini,wanita Islam sekarang semakin jauh dari syariat Islam,berpakaian,berhias,pergaulan dan sebagainya.

"Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, supaya mereka mengenakan jilbab ke seluruh badannya, yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenali; kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah al-Ahzab: 59)

Sebagai lelaki,bohonglah kalau saya tak 'terusik' bila lihat wanita2 Islam yang berpakaian yang tidak melambangkan wanita Islam.Jauh,memang jauh sekali dari syariat Islam.Kadang2 saya tak faham,perempuan2 tu kenapa mesti berpakaian menjolok mata?Takut orang laki tak tengok kat diorang ke?atau memang trend wanita2 Islam sekarang yang mendahulukan fesyen dari tuntutan agama?.Tak,dengar sini baik2 wahai wanita, kecantikan itu tidak hilang walaupun dilindungi oleh hijabmu,walaupun tak pakai ketat2,rambut korang yang cantik tu tak dipamerkan, kecantikan itu sedikitpun tak berkurang kan?.
Kan baik kalau semua wanita Islam berpakaian macam ni..
Bila kes rogol,pembuangan bayi naik kat akhbar2 tempatan,kita bising.Salahkan lelaki,lelaki tak boleh kawal nafsulah,lelaki sekarang tak boleh diharaplah,lelaki zaman sekarang tak ada isi perut, dan sebagainya.Perempuan tak sedar,siapa dulu mulakan cerita?.Jadi tak boleh salahkan 100% pada lelaki,yang kasihannya budak kecik jadi mangsa dan sebagainya.Semuanya berkait rapat sebenarnya,kalau tak ada punca tak mungkin berlaku akibatnya.

"Katakanlah kepada wanita beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa kelihatan padanya, dan hendaklah mereka melepaskan kain tudung ke adanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka...” (Surah an-Nur:31)

apa nak jadi dengan perempuan Islam zaman sekarang?
Saya secara jujur berpendapat pendekatan tarbiyyah islamiah itu langkah paling bijak sebagai solusi masalah ni.Semua wanita Islam harus sedar,haram hukumnya berhias ikut sedap badan je,dah kahwin nanti ikut sukalah nak berhias depan suami.Takutkan mereka dengan azab2 pedih yang menanti mereka di akhirat kelak,seksa ketika di alam kubur,dan sebagainya.

Mana satu pilihan hati kita nak jadikan calon isteri?
Wanita2 Islam harus ingat,kita orang Islam bukannya orang barat.Kita ada adat dan budaya orang timur serta syariat yang telah Allah SWT tetapkan dan Rasulullah SAW pesankan.Tak payahlah nak ikut wanita2 barat yang dah hilang identiti diri.Bukan semua lelaki suka tengok wanita yang seksi2 ni,tonjol sini tonjol situ, dedah sini, selak situ,masyaAllah..Berubahlah wahai wanita,kecantikanmu tetap terserlah walaupun hijab menyelimuti wajahmu,pakaian labuh membaluti keindahan tubuhmu dan zikrullah menyembunyikan kehalusan suaramu..Allah sahaja yang Maha Tahu.
READ MORE » Wanita Islam zaman sekarang menakutkan..

Saya nak jadi askar..


Dulu,saya masih ingat lagi time kecik2 ,bila arwah mak saya tunjukkan sekeping gambar yang memang dah lama,pudar dan jenis pic lama2.Saya tanya arwah mak saya."Mak,saya ada abang tak?".Mak saya diam je,dia tak jawab apa2 sambil pegang gambar tu bagi saya tengok."Ha,ni la gambar abang awak,dia tak balik lagi dari perang kat Bosnia tu."Mak saya jawab.Saya diam je angguk,memang masa tu perang dekat Bosnia dan banyak askar2 Malaysia dihantar ke situ untuk mengembalikan keamanan.

Hargai jasa2 pejuang kemerdekaan negara..
Itu dulu.Saya tahu saya memang tak ada abang kandung yang sempat hidup saya tengok depan mata.Mak saya sengaja buat macam tu supaya saya tak tanya lebih2.Budak kecik,senang je nak kelentong.Tapi saya bangga,sebab mak saya bagitahu saya ada abang kerja askar.Rupa2 nya tak ada..hehe.Dulu memang saya simpan cita2 nak jadi macam 'abang' askar saya tu.Smart je saya tengok dia pegang riffle dengan boot dan topi askar dia tu.Tapi nenek saya larang saya jadi askar,macam pakcik saya dulu nak jadi polis nenek saya mengamuk besar.

Saya nak jadi askar..
Saya bersyukur sebagai seorang lelaki,jadi perempuan pun saya bersyukur(kalaulah ditakdirkan).Jadi seorang lelaki yang hebat,yang perkasa dan kuat jati diri, jadi pelindung untuk kaum2 lemah,untuk negara,agama dan bangsa.Sebab tu,saya masih pegang teguh dengan pendirian saya bahawa lelaki sejati adalah yang sanggup mengorbankan dirinya untuk orang lain,walaupun tak dikenang dan dihargai.Salah satu darinya,menjadi seorang askar(tapi askar sekarang dah tak banyak cabaran macam dulu2).

Berjuang sehingga ke titisan darah terakhir
Sebab tu saya minat tengok movie yang ada kaitan dengan perang macam Leftenan Adnan,We Were Soldiers,Pearl Harbour,dan banyak lagi cerita2 perang ni.Tapi,sekarang saya tak minat lagi nak jadi askar.Kena ada lelaki kerja selain askar,tak boleh semua nak jadi askar,kena ada jadi cikgu atau doktor,jangan jadi penjenayah dah lah..Allah sahaja yang Maha Tahu.


READ MORE » Saya nak jadi askar..

Evolusi jersi Malaysia..

Saya secara jujur,berbangga dengan prestasi bola sepak negara.Dalam ketidakonsistenan prestasi skuad negara, jauh di dalam hati sebenarnya semua peminat mengharapkan yang jauh lebih baik dari anak2 buah K.Rajagobal tu.Kalau berpeluang,memang nak sangat tengok Malaysia masuk World Cup,entah jadi ke tak,relevan ke tak sama2 lah kita menilainya.

Saya cuma tertarik nak ulas jersi pasukan kebangsaan yang pasti akan bertukar saban tahun.Pendek kata,setiap tahun mesti tukar,yang sempat saya lihatlah.Balik2 nak ulas isu prestasi skuad bola kebangsaan tu, memang orang dah muak dan cuak nak dengar.Bagus kita bincang jersi skuad kebangsaan ni.Cuba lihat gambar2 kat bawah ni yang sempat saya edit.Cuba lihat perbezaan dan persamaan jersi2 tersebut,mesti ada kan?Walaupun warna jersi tak tukar2 dan mustahil akan bertukar dari kuning dan biru.
                      Kiri:Jersi Malaysia tahun 1979            Kanan:Jersi Malaysia tahun 1980               
         Kiri:Jersi Malaysia tahun 1983        Tengah:Jersi Malaysia tahun 1989             Kanan:Jersi Malaysia tahun 1991

Kiri:Jersi Malaysia  tahun 2001        Kanan:Jersi Malaysia tahun 2006



Kiri:Jersi Malaysia terbaru tahun 2010/2011.Away dan home.
Korang pasti akan lihat,pada awalnya logo FAM tu tak ada kan?Ha,lain perbezaan adalah corak bagi jersi2 tu, senarai penaja rasmi dari UMBRO,Adidas sampailah ke Nike seperti sekarang,awal2 tu jersi Malaysia ada kolar kan?.Tapi kita kena ikut peredaran masa,sekarang dah sikit jersi2 mahsyur dekat antarabangsa mahupun kelab yang masih pakai kolar,biasanya round neck.Untuk tahun2 era 2000 sampai 2008,tak ada perbezaan sangat dekat jersi kebangsaan,cuma tahun 2009 je yang lain sikit corak jersi tu.Untuk yang latest,boleh tahanlah.

Ni yang best, saya buat lah analisis sikit, mana jersi paling cantik dan paling hampeh pernah Malaysia pakai.Keputusannya adalah:

Jersi Malaysia untuk AFF Suzuki Cup 2010.(Away)
Biru ni Malaysia pakai untuk away,khas edisi AFF Suzuki Cup 2010.Memang cantik,menarik dan tertarik nak beli.Lagi satu, logo FAM tu dah tanggal,tak banyak corak(banyak corak pun bikin sakit mata nak tengok kan?), tiga gabungan warna,biru,merah dan putih semuanya warna harmoni.Lagi satu sebab jersi ni paling cantik adalah sebab saya dah beli jersi ni..hehehe.
Jersi Malaysia musim 2009/2010
Jersi home untuk tahun 2009/2010 ni memang tak cantik langsung.Bagi saya lah, tak cantik sebab corak dia belang2,hitam kuning, walaupun ada lambang keris tapi tak bagi apa2 effect pun dekat pasukan lawan, dan logo FAM tu yang kacau.Bagi saya, jersi ni memang tak menarik lah.


Walau apapun,sokonglah jersi pasukan kebangsaan kita ni..Tambah2 lagi dah keluar untuk yang terbaru,ada bendera Malaysia kat jersi tu mesti kita rasa bangga kan?.Kalau bukan rakyat Malaysia sendiri,siapa lagi nak sokong..Allah sahaja yang Maha Tahu.

READ MORE » Evolusi jersi Malaysia..

Rakyat Malaysia ni pemalas?

Apa perasaan anda bila nampak pemandangan seperti ini?



Nampak tak gambar kat atas tu?Apa perasaan anda?,suka hati ke?geram ataupun tak kisah?
Inilah salah satu contoh sikap buruk rakyat Malaysia yang sempat saya perhati bila masuk je
mana2 bank yang ada perkhidmatan ATM.Mesti tak lari dari melihat resit2 transaksi
pengeluaran wang tunai yang bersepah.Nak kata budak sekolah,yang datang saya sempat lihat kebanyakannya makcik2,pakcik2 yang dah berusia semua.Pergilah mana-mana bank,BSN ke,
RHB bank ke ataupun Bank Islam memang hampir semua bank mengalami keadaan yang sama.

Kita semakin kurang bertanggungjawab...
Jadi timbul persoalan, adakah rakyat Malaysia sekarang dah kurang nak ambil berat tentang kebersihan sekeliling ni?Atau makcik cleaner yang malas nak bersihakn?Mungkin juga kemudahan tong2 sampah yang tidak mencukupi disediakan oleh bank berkenaan?..Emm, nama je bank,banyak duit.Kadang2 pemikiran seperti itu ada je dalam mana-mana pelanggan ATM yang datang ke bank itu.

Nampak sangat rakyat Malaysia ni pemalas..
Kesimpulannya, marilah kita sama-sama berusaha menjadi rakyat yang bijak dan bertanggungjawab.Kebersihan tu kan penting, sebahagian daripada iman.Tahulah harga barang2 naik, iman pun kena naik juga.Benda2 macam ni kena ambik serius walaupun nampak remeh tapi itulah tanda aras tahap tanggungjawab kita sebagai manusia, belum ditanya tanggungjawab2 yang lain yang lebih berat.Allah je yang Maha Tahu.
READ MORE » Rakyat Malaysia ni pemalas?

Memburu hati yang suci..


Salam

Bahana maksiat paling teruk adalah bila hati kita tak rasa apa-apa lagi dengan maksiat

yang kita buat.Hati kita mati, semuanya terhenti, fungsi termutasi dan binasalah

diri.Bersyukurlah bila hati masih merasa 'sakit' bila kita buat dosa atau maksiat.Sakit hati

itu kita rasakan,maknanya hidup lagi hati kita.Masih rasa,masih ada rasa prihatin dengan

benda-benda yang kita buat tu,terutamanya benda-benda maksiat, benda lagha dan

benda-benda kejahatan lain.


Kita perlukan mujahadah untuk mendapat hati yang suci.Kenali apa itu hati,baru kita

faham peranan hati yang sebenar.Bukan hati yang zahirnya dapat dilihat dalam badan

kita, hati yang halus,dan hati yang hanya dapat diterjemahkan melalui perbuatan yang

kita lakukan.Maka itulah hati yang sebenar.Memburu hati yang suci,adalah proses

berterusan dengan mujahadah.Proses penyucian hati adalah perlu, setiap muslim perlu

mencari hati yang suci.

Rasulullah s.a.w bersabda" Akan terjadi fitnah yang dengan itu hati seseorang akan mati
sebagaimana badannya mati ,pada waktu pagi ia menjadi seorang mukmin dan ketika
petang ia menjadi kafir atau sebaliknya petang masih seorang mukmin tapi pada waktu pagi telah menjadi kafir. Ia menjual agamanya dengan sekerat dunia
".Hadis Riwayat Ibnu Majah
READ MORE » Memburu hati yang suci..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...