Islam Di Hati Kita

Isunya agak mudah,industri perfileman negara.Sepanjang tahun lepas,majoriti temanya adalah berkaitan dengan percintaan,komedi ringan dan masih tak lari dari kaitkan cerita 'hantu'.Secara jujurnya,saya agak jarang menonton filem2 Melayu.Hampir keseluruhan filem2 Melayu yang mencatat sambutan paling hangat BUKAN filem yang bertemakan Islamik.Jadi kita boleh membuat kesimpulan,negara Jiran kita,Indonesia lebih baik dari sudut perfileman yang bertemakan Islam.

Filem terbaik yang pernah saya saksikan..
Kita tak boleh nak nafikan,bahawa persaingan semakin sengit kerana hampir setiap bulan pasti ada je keluar filem2 baru di pawagam sama ada filem2 antarabangsa mahupun dalam negara sendiri.

Mana filem2 berunsur Islamik??
Dan secara kasarnya kita boleh merumuskan kebanyakan rakyat Malaysia lebih gemar menonton tayangan2 yang berbentuk komedi santai dan temanya tidak terlalu berat.1 Malaysia menjadi saksi kegagalan filem 2 Alam.Sebab apa?Temanya yang agak berat,dan faktor2 lainlah(sendiri dah maklum kan).

Mana satu pilihan hati?
Kegoncangan Akidah

Banyak filem2 masa kini tidak lari dari selitkan unsur2 horror,mistik dan semua itu mampu mendatangkan kesan yang tidak baik dari segi akidah umat Islam.Sebagai sebuah negara Islam,seharusnya usaha2 untuk mempergiatkan umat Islam di Malaysia semakin dekat dengan ajaran Islam perlu lebih kerap dilakukan.Berdakwah melalui medium yang lebih mudah seperti perfileman.Sekarang bukan isu filem tu dapat sambutan box-office ke tak,dapat pulangan lumayan atau kerugian besar,tetapi anggaplah itu adalah salah satu cara berdakwah..Indonesia sudah membuktikannya.

Dakwah yang ditonjolkan dalam filem KCB..di mana kita?
Kecantikan wanita dieksploitasikan semahu-mahunya dalam mana2 filem mutakhir ini.Tengok tajuk je pun kita dah nampak usaha pengarah filem tu nak tarik perhatian orang ramai untuk datang ke pawagam..Pasal dosa pahala,berkat ke tak berkat,Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

Insaflah wahai pengarah filem sekalian..
Semangat dakwah

Saya masih tertunggu-tunggu bilakah lagi ada filem2 yang bertemakan Islamik di Malaysia selepas filem Syukur 21 dan Nur Kasih.Faktor pemilihan pelakon juga penting,kalau boleh biarlah pelakon2 tersebut diketahui umum mempunyai akhlak yang baik.Ini tak,dalam filem je tutup aurat,cantik akhlaknya tapi kat luar MasyaAllah.Terhijab keberkatan filem tu..Filem Ketika Cinta Bertasbih,Ayat-Ayat Cinta,Emak Ingin Naik Haji dan sebagainya sudah membuktikan bahawa kita sangat dahagakan filem2 berunsurkan Islam..Insaflah wahai pengarah filem sekalian.Wallahualam.
READ MORE » Islam Di Hati Kita

Setahun yang berlalu


Masuk bulan Januari tahun ni,genaplah setahun arwah ibu 'pergi'.Tapi rasa baru semalam ibu pergi,masih berbekas kenangan yang tersimpan.Saya hanya manusia biasa,hanya hamba yang lemah.Masih merindukan kenangan2 yang terlalu indah untuk diingati,tetapi itulah takdir ketentuan Allah,redha dan menerima qada' dan qadar yang tertulis.
 
“Dan ucapkanlah doa: Wahai Tuhanku, kasihilah kedua orang tuaku sebagaimana mereka telah mendidikku semenjak kecilku.” Surah al-Isra: 24
Selalu mendoakan kesejahteraan ke atas mereka walau di mana sahaja kita berada..
Dia takkan kembali lagi..

Berkali2 saya memujuk diri sendiri,melupakan kenangan dan menerima kenyataan bahawa ibu takkan kembali mewarnai hari2 yang mendatang.Biarpun airmata membasahi sujud kita,takdir Allah tiada yang mampu mengubahnya.Kekesalan terbuku di hati,betapa selama ini,terlalu sedikit pengorbanan yang dilakukan,nasihat yang selalu sahaja dilupa,ah susahnya menjadi anak yang baik.Bahawa semua manusia akan mati,tiada siapa yang akan terus menerus kekal di dunia ini.

Mari menjadi anak2 yang soleh dan solehah..
Bukan mudah

Jauh di dasar hati,berazam untuk jadi anak yang baik.Saya pasti semua anak pun ada cita2 macam tu,yang boleh mendoakan kedua orang tuanya ketika mereka sudah tiada,boleh menjadi ‘penolong’ untuk mereka di ‘sana’.Tapi sukar,banyak sangat dugaan,ujian untuk menjadi anak yang soleh.Bila berada di saat ini,baru kita terfikir betapa pentingnya didikan dari ibu bapa untuk anak2 mereka sedari kecil lagi.Dan didikan menurut acuan Islamlah yang terbaik.

Jasa Ibu membawa ke syurga,hargailah mereka seadanya
Hargai yang kita miliki sekarang..

Hargailah ibu kita,sebagaimana mereka menghargai kita.Ibu insan yang selayaknya kita hargai,kita berbakti dan kita kasihi selepas Allah dan RasulNya dalam dunia ini.Kasih sayangnya memang tidak terbanding.Fitrah manusia,kita hanya sedar betapa berharganya sesuatu bila ia luput dari sisi kita.Terima lah siapapun mereka,walau siapapun diri kita jangan lupa untuk berterima kasih kepada mereka.Tanpa mereka,takkan adanya kita di dunia ini.Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

“Dan Kami wasiatkan kepada manusia untuk berbuat baik kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan payah yang bertambah-tambah dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepadaKulah kembalimu.” Surah Luqman: 14
READ MORE » Setahun yang berlalu

Kita di landasan yang betul


Berlalu sudah kejohanan bola sepak AFF Suzuki Cup untuk edisi 2010 ni.Hebat,panas,mantap dan banyak lagi tafsiran2 untuk kejayaan Malaysia menjuarai kejohanan serantau Asia tenggara itu,untuk julung2 kalinya dalam sejarah.Kita menang melampaui jangkaan dan harapan,bermula dari kekalahan besar sehingga menjulang trofi kemahsyuran Asia Tenggara itu.Siapa sangka?.

Syabas wira2 Malaysia
Baik,sebagai rakyat biasa yang cuma menonton perlawanan itu saya sedar betapa rakyat di negara ini begitu dahagakan kejayaan2 yang besar pada peringkat antarabangsa.Beberapa dekad lepas,prestasi bola sepak negara menurun kepada tahap yang menyedihkan.Kita dianggap pasukan belasahan,tak kira pada peringkat ASEAN,tambah2 lagi pada peringkat Asia dan Dunia.

Safee Sali menghancurkan ego sang Garuda
Alhamdulillah,2 tahun kebelakangan ini prestasi bola sepak negara semakin meningkat,bermula dengan pelantikan K.Rajagobal sebagai jurulatih skuad kebangsaan,kita mengecapi satu demi satu kejayaan yang membanggakan.Harimau Malaya bangkit mengaum semula.

Mengapa Indonesia kalah?

Pasukan Indonesia ataupun mudah nak panggil Timnas bukan 'kalah' dengan permainan mereka,pasukan Timnas satu pasukan yang baik tetapi mereka tewas akibat daripada sifat pemain mereka sendiri yang menganggap mudah perlawanan menentang Malaysia,provokasi2 media yang melampau di negara republik Islam terbesar itu dan sikap peminat Garuda itu yang terlalu fanatik sampai tak boleh nak terima kekalahan,lepas tu salahkan laser pulak.

Timnas tewas kerana keyakinan mereka yang terlalu tinggi untuk menjadi juara
Malaysia belajar dan dapat terima kekalahan,dimalukan pada peringkat awal dengan jumlah gol yang besar 5-1.Siapa yang tak malu, tapi Harimau Malaya tak undur,malah belajar menjadi lebih matang dan pemain bertambah baik untuk semua posisi.Dan dendam terbalas di Bukit Jalil,Garuda hilang sayapnya menerkam Harimau Malaya kerana sifat egonya memandang keupayaan lawan mereka.

Peminat2 bola sepak Indonesia perlu belajar untuk menerima kekalahan
Berpijak di bumi yang nyata

Memetik kata2 K.Rajagobal,"jangan terlalu mengharapkan yang terlalu tinggi untuk pasukan ini,perjalanan masih panjang dan kita baru bermula".Memang benarnya,kita masih ada jurang perbezaan dengan pasukan2 hebat Asia yang lain seperti Korea Selatan,Jepun dan Iran jika kita tengok secara mendalam.Namun kita berada di landasan yang betul,sudah masanya Harimau Malaya terus 'mengaum',kita punya pemain2 yang masih muda dan yakin boleh mengembalikan kegemilangan bola sepak negara di tahap yang tinggi seperti dahulu, atau mungkin lebih baik dari itu..siapa tahu?.Allah sahaja yang Maha mengetahui segalanya.
READ MORE » Kita di landasan yang betul
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...