Kita di landasan yang betul


Berlalu sudah kejohanan bola sepak AFF Suzuki Cup untuk edisi 2010 ni.Hebat,panas,mantap dan banyak lagi tafsiran2 untuk kejayaan Malaysia menjuarai kejohanan serantau Asia tenggara itu,untuk julung2 kalinya dalam sejarah.Kita menang melampaui jangkaan dan harapan,bermula dari kekalahan besar sehingga menjulang trofi kemahsyuran Asia Tenggara itu.Siapa sangka?.

Syabas wira2 Malaysia
Baik,sebagai rakyat biasa yang cuma menonton perlawanan itu saya sedar betapa rakyat di negara ini begitu dahagakan kejayaan2 yang besar pada peringkat antarabangsa.Beberapa dekad lepas,prestasi bola sepak negara menurun kepada tahap yang menyedihkan.Kita dianggap pasukan belasahan,tak kira pada peringkat ASEAN,tambah2 lagi pada peringkat Asia dan Dunia.

Safee Sali menghancurkan ego sang Garuda
Alhamdulillah,2 tahun kebelakangan ini prestasi bola sepak negara semakin meningkat,bermula dengan pelantikan K.Rajagobal sebagai jurulatih skuad kebangsaan,kita mengecapi satu demi satu kejayaan yang membanggakan.Harimau Malaya bangkit mengaum semula.

Mengapa Indonesia kalah?

Pasukan Indonesia ataupun mudah nak panggil Timnas bukan 'kalah' dengan permainan mereka,pasukan Timnas satu pasukan yang baik tetapi mereka tewas akibat daripada sifat pemain mereka sendiri yang menganggap mudah perlawanan menentang Malaysia,provokasi2 media yang melampau di negara republik Islam terbesar itu dan sikap peminat Garuda itu yang terlalu fanatik sampai tak boleh nak terima kekalahan,lepas tu salahkan laser pulak.

Timnas tewas kerana keyakinan mereka yang terlalu tinggi untuk menjadi juara
Malaysia belajar dan dapat terima kekalahan,dimalukan pada peringkat awal dengan jumlah gol yang besar 5-1.Siapa yang tak malu, tapi Harimau Malaya tak undur,malah belajar menjadi lebih matang dan pemain bertambah baik untuk semua posisi.Dan dendam terbalas di Bukit Jalil,Garuda hilang sayapnya menerkam Harimau Malaya kerana sifat egonya memandang keupayaan lawan mereka.

Peminat2 bola sepak Indonesia perlu belajar untuk menerima kekalahan
Berpijak di bumi yang nyata

Memetik kata2 K.Rajagobal,"jangan terlalu mengharapkan yang terlalu tinggi untuk pasukan ini,perjalanan masih panjang dan kita baru bermula".Memang benarnya,kita masih ada jurang perbezaan dengan pasukan2 hebat Asia yang lain seperti Korea Selatan,Jepun dan Iran jika kita tengok secara mendalam.Namun kita berada di landasan yang betul,sudah masanya Harimau Malaya terus 'mengaum',kita punya pemain2 yang masih muda dan yakin boleh mengembalikan kegemilangan bola sepak negara di tahap yang tinggi seperti dahulu, atau mungkin lebih baik dari itu..siapa tahu?.Allah sahaja yang Maha mengetahui segalanya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...